Salam 1 Islam...
Dengan masa,segalanya mungkin. Serahkannya kepada Allah,pasti dia akan melancarkan segala-galanya. Tapi mesti diiringi dengan usaha,doa dan tawakkal. Firman Allah subhanahu wata'ala dalam love letter yang ke 51 yang diutuskannya,dalam ayat 56, maksudnya "Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu". Kita selalu jer dengar ayat nih,sebab ayat ni femes lah jugak,biase org guna sebagai ayat penyelamat untuk menyampaikan hujah supaya komited dalam beribadah. Hehhe...dah ayat nih je yang ingat n terlintas dalam kepala kan. Tapi kire ok lah 2,sebab semua ayat-ayat cinta yang dituskanNya ada hikmah yang tersendiri. Dok3? Bergantung kepada kita lah pulak sebagai hamba-hamba yang dikasihiNya untuk memetik segala hikmah yang ada. Yea,beribadah kepadaNya. Dan saye kira usaha sahabat-sahabat untuk menggunakan medan YG ini sebagai medan untuk sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan, sepertimana yang telah dirakamkan oleh Allah dalam surah Al-'Asr..."Deme masa. Sungguh,manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran...", sebagai satu ibabah kepadaNya... Memetik kata-kata ustaz semalam,di medan ilmu kb, Islam bukan sekadar di atas masjid. Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. Fahaman manusia pada hari ini yang pemikiran telah dijajah dan dicemari, membuat mereka menganggap bahawa Islam tu hanyalah di atas masjid. Ustaz kato,ramai jer orang yg bertutup lingkup atas masjid,tapi keluar jer masjid keluarlah rambut hijau kuning biru merah 2...(hehhe tambahan je nih). Padahal ustaz kata,dale masjid,Tuhan samo je dgn luar Masjid. Masuk neraka pom neraka samo jah...
Walauapapun cabaran di sekeliling kita, ingat,kita bukan manusia biasa. Kita adalah da'ie. Untuk merasa rendah diri berada di kalangan sahabat-sahabat yang sangat hebat ilmunya,sangat hebat bilamana mereka berhujah, sangat hebat hafalan Quran dan hadisnya, dan sangat hebat bila diminta memberi sedikit tazkirah buat santapan rohani, ia adalah perkara biasa bila berada di kalangan orang2 yang sememangnya hebat. Berada di kalangan sahabat2 dalam J nih...Tapi, semua tu bukan halangan untuk kita menjadi seorang yang kental bila berdepan dengan mad'u yang paling dekat dan yang paling kita sayangi ;keluarga kita sendiri. Ya. Itu yang paling susah. Untuk memahamkan.
Tapi Allah tak menjadikan sesuatu tuh sia-sia. Semuanya berhikmah.Untuk menjadi manusia yang hebat,kita mesti memikirkan cara,bukannya memikirkan alasan....
Dan keadaan kita sekarang, cuti yang sangat panjang dan terasa sangat berseorangan dalam perjuangan. Bila difikir-fikirkan, samalah jugak bila kita semua dah grad 1 hari nanty, xtaw dicampak ke ceruk mana. Dan di situ, praktikal yang sebenar-benarnya sebagai seorang da'ie sangat2 teruji. Di mana harus mencari kekuatan untuk meneruskan usaha dakwah. Jika kita sentiasa mengharap untuk hanya menerima daripada memberi, alamat fail lah kita. (saya lah 2, asyik dk bace email org lain jew dlm YG nie,tapi xde usaha pun utk menulis sesuatu). Tersentak juga bila mendapat msg drpd s/u hari tu. Utusan drpd PP. Saya taw,sahabat2 kat sini bukannya malas nak menulis dan memeriahkan YG ni,tapi mungkin ade yg rase segan, macam saye jugak. Tapi,kalau kita sentiasa ingatkan diri kita, kita adalah permata, pasti ade kelebihan dan keistimewaan yg xde pd org laen. Kalau kita sendiri pun tak mampu nak hargai diri kita, apetah lagi orang di sekeliling kita. Walau dalam keluarga yang macam manapun kita dilahirkan, pasti ade hikmahnya. Hikmah yang tersembunyi,dan harus dicari,dicari dan dicari....
Mungkin kita rasa tanggungjawab kita ni sedikit berat berbanding dengan orang biasa. Orang lain boleh jer goyang2 kaki tyme cuti, xyah pegi program itu dan ini, boleh pegi jalan2 bila2 masa jer...Kita nie kena habiskan fiqh sirah,kena settlekan mutaba'ah itu dan ini dan kene berhelah lintang pukang sebab nak g program dan chatting...Ermm...susah kan kita nih?
Astaghfirullahal'azim....
Mari bersyukur! Tak ramai org yg ade peluang macam yg kita ade skarang nie. Berapa ramai org yg sanggup hantar msg setiap hari untuk memberi peringatan tentang Islam? Berapa ramai sahabat lama kita yg still keep in touch? Berapa ramai org hari nie yang bercakap,menyebut nama Allah dalam percakapannya? Mungkin kita rasa keadaan ini sangat asing. Ye,sangat pelik. Cuba Allah tarik nikmat nie sekejap,mesti kita akan rasa terkapai2 dan hilang arah tuju.. Itulah manusia. Saya tak nak diri saya dan sahabat-sahabat termasuk dalam kalangan orang yang tak bersyukur. Macam yang Imam Muda Nazrul cakap smalam, tak kiralah sape pun kita, hamba abdi sekalipom,di akhirat kelak kita akan disoal tentang tanggungjawab kita...
Artikel ini ditujukan untuk diri saya sendiri yg dipostkan dlam blog yg dh selamat diprivatekan..(hehhe)
Tapi teringat pula kata2 Hlovate dalam novelnya ; tak salah berkongsi untuk memberi inspirasi. Sye tak mengharapkan pun tulisan ni memberi kesan kepada sesiapa, sebab sahabat semua dh cukup hebat. Tapi memberi peringatan tu tugas setiap daripada kita,sebab tak semua benda kita boleh ingat sendiri. Mesti ade yang perlu diingatkan....
Wallahu'alam.
p/s : selamat berjuang kepada sahabat2 yang bakal ke CLEAN nanty...Allah bersamamu..
Live well or Live hell.....We choose
misz_pingu