Sebelum balik cuti selepas peperiksaan akhir semestar 4,saya punya satu azam. Untuk menghabiskan 3 buah buku Fiqh Sirah sepanjang cuti ni. Itu salah satunya. Yang selebihnya adalah sebuah beg baju yang sarat dipenuhi dengan buku-buku agama. Tak lain dan tak bukan. Untuk dihabiskan. Namun namanya pun manusia. Untuk punya angan2 itu adalah perkara biasa. Dan untuk tidak melangsaikan angan2 itu lagilah perkara biasa. Ye.Itu biasa bagi saya. Tapi mungkin luar biasa bagi anda. Kalendar cuti saya dipenuhi dengan perancangan sepanjang cuti ni. Antaranya adalah untuk memantapkan Bahasa Inggeris, untuk memantapkan hafalan surah, untuk menghafal surah2 baru,untuk memantapkan lagi ilmu fisiology yang sangat saya cintai dan untuk menambah kefahaman tentang keagungan penciptaan manusia melalui subjek embryology yang sangat memigrainkan kepala untuk difahami. Namun saya boleh bilang dengan jari ape jer yang mampu tercapai. Eh sebenarnya saya rase takde ape pun yang tercapai. Saya yakin,anda pun punya perancangan sepanjang cuti nie. Bagi anda yang diizinkan untuk mengisi masa cuti dengan berkerja dan mengutip sedikit pengalaman berharga di alam perkerjaan,teruskan. Ikhlaskan niat,dan cuba cari ruang dan peluang untuk menyampaikan (atau dalam bahasa arabnya,berdakwah). Cara yang paling simple ialah mengajak untuk solat di awal waktu. Ye. Mula dengan diri sendiri dulu. Terutamanya saya sendiri. 2 bulan telah berlalu. Ape yang kita dapat,apa yang kita dah buat,ape yang kita dah berjaya laksanakan....tepuk dada,tanya iman. Yang pastinya,kita dah masuk separuh masa kedua cuti. Dan tak lama lagi, Ramadhan bakal menjemput kita. Jangan berlengah lagi. Jangan buang masa. Move! Masa tidak menunggu kita. Ia tak akan berundur walau sesaat.
Everybody has a past.Everybody lives a present.And Everybody deserves a future.
Everybody has a past.Everybody lives a present.And Everybody deserves a future.
Live well or live hell...we choose.
misz_pingu
misz_pingu
No comments:
Post a Comment