Tuesday, July 5, 2011

Salam 1 Islam...

Sebelum balik cuti selepas peperiksaan akhir semestar 4,saya punya satu azam. Untuk menghabiskan 3 buah buku Fiqh Sirah sepanjang cuti ni. Itu salah satunya. Yang selebihnya adalah sebuah beg baju yang sarat dipenuhi dengan buku-buku agama. Tak lain dan tak bukan. Untuk dihabiskan. Namun namanya pun manusia. Untuk punya angan2 itu adalah perkara biasa. Dan untuk tidak melangsaikan angan2 itu lagilah perkara biasa. Ye.Itu biasa bagi saya. Tapi mungkin luar biasa bagi anda. Kalendar cuti saya dipenuhi dengan perancangan sepanjang cuti ni. Antaranya adalah untuk memantapkan Bahasa Inggeris, untuk memantapkan hafalan surah, untuk menghafal surah2 baru,untuk memantapkan lagi ilmu fisiology yang sangat saya cintai dan untuk menambah kefahaman tentang keagungan penciptaan manusia melalui subjek embryology yang sangat memigrainkan kepala untuk difahami. Namun saya boleh bilang dengan jari ape jer yang mampu tercapai. Eh sebenarnya saya rase takde ape pun yang tercapai. Saya yakin,anda pun punya perancangan sepanjang cuti nie. Bagi anda yang diizinkan untuk mengisi masa cuti dengan berkerja dan mengutip sedikit pengalaman berharga di alam perkerjaan,teruskan. Ikhlaskan niat,dan cuba cari ruang dan peluang untuk menyampaikan (atau dalam bahasa arabnya,berdakwah). Cara yang paling simple ialah mengajak untuk solat di awal waktu. Ye. Mula dengan diri sendiri dulu. Terutamanya saya sendiri. 2 bulan telah berlalu. Ape yang kita dapat,apa yang kita dah buat,ape yang kita dah berjaya laksanakan....tepuk dada,tanya iman. Yang pastinya,kita dah masuk separuh masa kedua cuti. Dan tak lama lagi, Ramadhan bakal menjemput kita. Jangan berlengah lagi. Jangan buang masa. Move! Masa tidak menunggu kita. Ia tak akan berundur walau sesaat.

Everybody has a past.Everybody lives a present.And Everybody deserves a future.
Live well or live hell...we choose.
misz_pingu
 

Saturday, July 2, 2011

tak salah berkongsi utk memberi inspirasi

Salam 1 Islam...

Dengan masa,segalanya mungkin. Serahkannya kepada Allah,pasti dia akan melancarkan segala-galanya. Tapi mesti diiringi dengan usaha,doa dan tawakkal. Firman Allah subhanahu wata'ala dalam love letter yang  ke 51 yang diutuskannya,dalam ayat 56, maksudnya "Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu". Kita selalu jer dengar ayat nih,sebab ayat ni femes lah jugak,biase org guna sebagai ayat penyelamat untuk menyampaikan hujah supaya komited dalam beribadah. Hehhe...dah ayat nih je yang ingat n terlintas dalam kepala kan. Tapi kire ok lah 2,sebab semua ayat-ayat cinta yang dituskanNya ada hikmah yang tersendiri. Dok3? Bergantung kepada kita lah pulak sebagai hamba-hamba yang dikasihiNya untuk memetik segala hikmah yang ada. Yea,beribadah kepadaNya. Dan saye kira usaha sahabat-sahabat untuk menggunakan medan YG ini sebagai medan untuk sentiasa berpesan-pesan ke arah kebaikan, sepertimana yang telah dirakamkan oleh Allah dalam surah Al-'Asr..."Deme masa. Sungguh,manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran...", sebagai satu ibabah kepadaNya... Memetik kata-kata ustaz semalam,di medan ilmu kb, Islam bukan sekadar di atas masjid. Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan. Fahaman manusia pada hari ini yang pemikiran telah dijajah dan dicemari, membuat mereka menganggap bahawa Islam tu hanyalah di atas masjid. Ustaz kato,ramai jer orang yg bertutup lingkup atas masjid,tapi keluar jer masjid keluarlah rambut hijau kuning biru merah 2...(hehhe tambahan je nih). Padahal ustaz kata,dale masjid,Tuhan samo je dgn luar Masjid. Masuk neraka pom neraka samo jah...  

Walauapapun cabaran di sekeliling kita, ingat,kita bukan manusia biasa. Kita adalah da'ie. Untuk merasa rendah diri berada di kalangan sahabat-sahabat yang sangat hebat ilmunya,sangat hebat bilamana mereka berhujah, sangat hebat hafalan Quran dan hadisnya, dan sangat hebat bila diminta memberi sedikit tazkirah buat santapan rohani, ia adalah perkara biasa bila berada di kalangan orang2 yang sememangnya  hebat.  Berada di kalangan sahabat2 dalam J nih...Tapi, semua tu bukan halangan untuk kita menjadi seorang yang  kental bila berdepan dengan mad'u yang paling dekat dan yang paling kita sayangi ;keluarga kita sendiri. Ya. Itu yang paling susah. Untuk memahamkan. 
Tapi Allah tak menjadikan sesuatu tuh sia-sia. Semuanya berhikmah.Untuk menjadi manusia yang hebat,kita mesti memikirkan cara,bukannya memikirkan alasan....

Dan keadaan kita sekarang, cuti yang sangat panjang dan terasa sangat berseorangan dalam perjuangan. Bila difikir-fikirkan, samalah jugak bila kita semua dah grad 1 hari nanty, xtaw dicampak ke ceruk mana. Dan di situ, praktikal yang sebenar-benarnya sebagai seorang da'ie sangat2 teruji. Di mana harus mencari kekuatan untuk meneruskan usaha dakwah. Jika kita sentiasa mengharap untuk hanya menerima daripada memberi, alamat fail lah kita. (saya lah 2, asyik dk bace email org lain jew dlm YG nie,tapi xde usaha pun utk menulis sesuatu). Tersentak juga bila mendapat msg drpd s/u hari tu. Utusan drpd PP. Saya taw,sahabat2 kat sini bukannya malas nak menulis dan memeriahkan YG ni,tapi mungkin ade yg rase segan, macam saye jugak. Tapi,kalau kita sentiasa ingatkan diri kita, kita adalah permata, pasti ade kelebihan dan keistimewaan yg xde pd org laen. Kalau kita sendiri pun tak mampu nak hargai diri kita, apetah lagi orang di sekeliling kita. Walau dalam keluarga yang macam manapun kita dilahirkan, pasti ade hikmahnya. Hikmah yang tersembunyi,dan harus dicari,dicari dan dicari....
Mungkin kita rasa tanggungjawab kita ni sedikit berat berbanding dengan orang biasa. Orang lain boleh jer goyang2 kaki tyme cuti, xyah pegi program itu dan ini, boleh pegi jalan2 bila2 masa jer...Kita nie kena habiskan fiqh sirah,kena settlekan mutaba'ah itu dan ini dan kene berhelah lintang pukang sebab nak g program dan chatting...Ermm...susah kan kita nih? 

Astaghfirullahal'azim....  
Mari bersyukur! Tak ramai org yg ade peluang macam yg kita ade skarang nie. Berapa ramai org yg sanggup hantar msg setiap hari untuk memberi peringatan tentang Islam? Berapa ramai sahabat lama kita yg still keep in touch? Berapa ramai org hari nie yang bercakap,menyebut nama Allah dalam percakapannya? Mungkin kita rasa keadaan ini sangat asing. Ye,sangat pelik. Cuba Allah tarik nikmat nie sekejap,mesti kita akan rasa terkapai2 dan hilang arah tuju.. Itulah manusia. Saya tak nak diri saya dan sahabat-sahabat termasuk dalam kalangan orang yang tak bersyukur. Macam yang Imam Muda Nazrul cakap smalam, tak kiralah sape pun kita, hamba abdi sekalipom,di akhirat kelak kita akan disoal tentang tanggungjawab kita...

Artikel ini ditujukan untuk diri saya sendiri yg dipostkan dlam blog yg dh selamat diprivatekan..(hehhe)
Tapi teringat pula kata2 Hlovate dalam novelnya ; tak salah berkongsi untuk memberi inspirasi. Sye tak mengharapkan pun tulisan ni memberi kesan kepada sesiapa, sebab sahabat semua dh cukup hebat. Tapi memberi peringatan tu tugas setiap daripada kita,sebab tak semua benda kita boleh ingat sendiri. Mesti ade yang perlu diingatkan....

Wallahu'alam.

p/s : selamat berjuang kepada sahabat2 yang bakal ke CLEAN nanty...Allah bersamamu..

Live well or Live hell.....We choose
misz_pingu


I'm YOURS,Allah....islam is OUR way of life (",)

My photo
BOrN to FoLLow All His Orders aNd His Messenger....a Da'ie,a DaughtEr,a siStEr,a friend,a StUdent and a muslimah doctor to-be insyaAllah... aS loNg As My hEart Is StILL wOrKinG,I hAvE tO cONtINuE mY lIfE... tHe VaRIETIeS oF lIfE ArOuND mE kEEp TellinG mE tHat "u're so LucKy" AnyHow,WutEvER hAppEN,BE gRaTeful!!! Dear visitor, you can take anything from this blog that can benefit you and others, and of course, for Islam. May it be our 'saham akhirat'... TrYinG to inSpire PeOplE by InsPiRing peoplE Around Me.. AfTer aLL,notHinG is iMpoSSiblE for A WillinG heArt.. Smile =) it's sunnah.