Sahabat2ku,
Berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup ini tak selalu bahagia,sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tak lagi mampu bertahan,belajarlah memaafkan walaupun dirimu terluka,berhentilah memberi alasan walau ingin mengatakan kebenaran,hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud di dunia pinjaman ini.Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya.Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu,perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…..Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh Insani.
~sahabat2ku,jangan sekali-kali kita melunturkan semangat perjuangan dlm jiwa kita kerana ape yg dinilai disisi Allah ialah usaha kita....bukan pencapaian yg cemerlang dlm ujian dunia...tetapi berusahalah melengkapkan diri dgn ilmu kerana dgn ilmulah kita akan mampu mengembalikan kegemilangan ISLAM...InsyaALLAH...Bersungguh2lah dlm menuntut ilmu kerana ini adalah peluang berharga yg diamanahkan oleh Allah utk kita...dan Allah sgat menyukai hambaNya yg melakukan kerja dgn bersungguh2 dan cemerlang...
Wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment