Saturday, June 29, 2013

Recap!

Salam 1 Islam...

Bismillah. Hari ni rasa nak berceloteh tentang ini. Recap!

Tinggal seminggu lagi sebelum kami semua pulang ke kampung halaman masing2 untuk posting GP. Dalam posting ini, kami perlu attach dengan private clinics pilihan kami sendiri di kampung halaman masing2 untuk belajar asas pembentukan GP, macamana nak run GP, common chief complaints encountered at GP dan macam2 lagi benda baru yang seangkatan dengannyalah. Briefing GP minggu depan, kami pun tak pasti apa requirements sbenarnya dalam posting GP ni.

Esok exam hadith. Unik sungguh. Medical students belajar ilmu asas hadith. Kalau bercerita dengan medical students dari uni lain, mereka akan kagum dan berkata "wow, hebatnya korang!"

Allah. Sebenarnya itu adalah tamparan hebat buat kami. Unik, memang unik. Tapi, saya mempersoalkan kembali diri saya. " Adakah aku betul2 belajar ataupun sekadar memenuhi requirement?"
Sangat rugi kalau kita hanya belajar untuk penuhi requirement, pergi kelas, buat assignments, exam, dan habis. Full stop. Bila orang tanya balik, kaku. Tak tahu nak jawab apa sebab memang belajar untuk lulus exam. pang!!!!

Dan bila saya kenang balik, daripada 1st year, 2nd year, 3rd year, dan sekarang, 4th year, banyak islamic subjects yang kami ambik sebenarnya. Kami pernah belajar tentang asas tafsir quran, muslim scientists, subjek halaqah yang kami belajar tentang asas fiqh dan banyak lagi.... Itu tidak termasuk ayat2 quran yang telah kami hafal dan pernah diuji dalam ujian tahriri menjelang hujung semester.

Tapi bila fikir2 balik, ape je yang saya ingat? Banyak yg saya dapat, tapi apa yg still retain dalam kepala saya?

Bila sebut tentang ilmu, tak kira lah ilmu apa pun, semuanya kembali kepada "attitude" kita sendiri sebenarnya.

Kita boleh membuat pilihan. Sama ada untuk mendalami betul2 ilmu tu, ataupun sekadar angin lalu untuk lepas exam saja. Dan saya dengan sedih menyatakan saya sentiasa termasuk dalam golongan kedua itu.

Muslims must do their best!!!!!!

Seringkali ucapan itu terngiang-ngiang di kepala. Dan setiap kali saya merajuk dengan sikap diri sendiri, saya sentiasa memujuk hati ;




Yeah, berusaha bersungguh2 menuntut ilmu dengan kudrat yang ada.

Jadi, to-do-list untuk tamparan ini ;

# Belajar hadith betol2!!!
# ulang balik hafalan masa 1st, 2nd and 3rd year.
# Cari balik nota2 sejarah perubatan dalam islam, fiqh dan intro to tafsir quran.
# Tadabbur ayat2 hafalan.
# Completekan projek2 terbengkalai =)

Dan cerita seterusnya, sedang mengkaji dan belajar dari buku ini ;

 

Sudah separuh baca. Dan banyak belajar tentang suasana dan corak hidup masyarakat turki. Ustaz cerita, kat turki ni jurang perbezaan masyarakat dia amat ketara. In which kalau orang tu "baik", sangatlah baik dan kalau jahat, sangatlah "jahat". Baik kat sini bermaksud orang tu dia ada latar belakang agama yang sangat kuat, manakala kalau yang "jahat" tu, maksudnya memang keluarganya kurang basic agama. 

Apa yang menarik perhatian saya adalah, di turki mereka menjadi satu kewajipan untuk anak2 mereka menghafal Quran. Di ibu negaranya, Istanbul sahaja terdapat 1000 masjid yang setiap satunya menghasilkan sekurangnya 10 orang huffaz setiap tahun. Malunya saya. Kanak2 yang berusia 8-12 tahun di Turki hampir kesemuanya sudah cair 30 juzuk dalam kepala mereka. Subhanallah!

Minggu ni jugak, ade presentation SSM.In which kitorang kena kaji tentang apa2 tajuk yg kita pilih sendiri, yg pastinya ada kaitan dengan medical, dan kami perlu menulis abstract tentang tajuk tersebut sekurang2nya 3000 words. Dan minggu ni, kami perlu present tajuk yang kami pilih tu. Alhamdulillah, banyak belajar. Walaupun sangat banyak kritikan, as expected sebab saya tahu saya bukan buat benda tu dengan bersungguh-sungguh pun. Antara yang saya belajar ialah, jangan ambil mudah benda2 yang kita rasakan simple, dalam medicine ni, semua benda mestilah evidence-based, xboleh nak main ambik je kata2 atau pengalaman orang lain, Kena ade bukti! Dan bukti itu kita akan dapat melalui researh yang orang lain dah buat. Tugas kita tinggal nak baca, analyse dan kritik. Apa2 pun yang kita lalui dalam kehidupan seharian kita, semuanya untuk mengajar kita menjadi lebih baik, matang, berfikiran terbuka dan positif. 


kan?

Okey, sekarang kena berhenti. Beri laluan untuk otak mencerna ilmu hadith. InsyaAllah. Kena berusaha, kerana dengan ilmu yang saya ada, barulah saya boleh menjadi sebahagian daripada ini ;



Kena work hard jugak sebab nak sampai sini kena ada duit banyak2 =) ;

 
Pamukkale, Turkey =)






InsyaAllah. Wish to be there, one fine day =)

In addition to this ;


Eiffel Tower, Paris....


 And of course, after been here :


Makkah al- Mukarramah...





                       Live well or live hell...we choose.
                                                                        
                                        misz_pingu


Alhamdulillah ^_^

Dan bertahun-tahun ambik wudhuk tak reti2 lagi ke baca doa?

Salam 1 Islam...
Bismillah.

Ketukan untuk diri sendiri!!

Sila hafal dan amalkan doa ini yea cik lah...


                                                        Live well or live hell...we choose.
                                                                         misz_pingu

Thursday, June 27, 2013

Yeww, saya sudah 22 tahun memeluk agama islam!


Salam 1 Islam...


Bismillahirrahmanirrahim...

*Tersimpan dalam folder lama tak post2 =)

12 & 13 januari 2013

Allah meletakkan saya di bumi ipoh, berkampung di sana selama 2 hari, untuk mengutip sedikit lagi permata ilmu sebagai bekalan dakwah. Saya kira begitu. Dan pasti ada hikmahnya Allah tidak meletakkan saya di HKR pada hari yang cukup bersejarah itu.

Apapun, saya bersyukur. Mereka membuka mata saya. Bukan perlu berkata secara “direct” kepada saya, tetapi cukup dengan percakapan dan semangat yang mereka zahirkan. Nasihat mereka yang cukup berhikmah buat saya. Hikmah di sepanjang perjalanan hidup, yang Allah nak saya belajar sesuatu darinya. Saya bertemu dengan ramai “newcomer” islam. New Muslims. Hakikatnya, saya malu dengan mereka. Sangat malu.

Kata seorang untie “Macam ni lah kami belajar menghafal surah2 lazim (Sambil tunjukkan kepada saya smartphone beliau dan membuka ayat2 suci al-quran bacaan seorang imam mesir). Sepatutnya kita menjadikan imam2 ini sebagai “artis pujaan”, supaya kita boleh mengikut alunan ayat2 suci yang dibacakan. Bukan seperti anak2 muda sekarang, yang menjadikan penyanyi yang entah ape2 sebagai pujaan.”
Kata seorang uncle “ saya sudah hafal 24 surah-surah lazim. Sudah 5 tahun memeluk islam. Mula2 saya bukak ini Quran, saya tak tahu baca apa2. Saya pening tengok ayat2nya.Tak pernah tengok bahasa arab. Bayangkan, saya hanya belajar sampai spm. Kamu rasa, saya bodoh ke pandai? Tapi hidayah Allah ni, bila DIA dah bagi, DIA permudahkan urusan kita. Tapi kita kenalah usaha belajar. Alhamdulillah, saya dah belajar dengan banyak guru, saya ulang2, lama2 saya ingat.  Tapi surah2 ini, kena selalu ulang2, nanti lama2 kita tak ingat. Sekarang saya hafal ikut imam nie (sambil tunjukkan smartphone beliau)”

Me = silent. And i’m really want to cry at that time.  Perasaan bercampur baur. Saya tak tahu kenapa. Saya sangat sedih. Kecewa dengan diri sendiri mungkin.
And I’m really want to tell that uncle & untie : “uncle, untie, saya sudah 22 tahun memeluk islam, dan sejujurnya, saya sangat malu dengan uncle dan untie”
Mereka sangat “excited” untuk mendalami islam. Sangat bersemangat untuk belajar dan terus belajar mengenai islam. Mereka sangat mensyukuri nikmat sebuah “hidayah”.  Mereka sangat memaknakan perkataan “Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar” saat menyebutnya.
Kebatilan yang pernah mereka melalui telah banyak mengajar mereka untuk menghargai islam yang mereka miliki pada hari ini. Kita yang sudah lama islam, sepatutnya lebih dari itu. YA, lebih dari itu. Kerana kita sudah lama mengenal Allah, Rasulullah s.a.w., sahabat2 Baginda, para tabi’in, para tabi’ tabi’in dan orang2 soleh.

Dear chinese, sejak dulu lagi, saya memang merah mata dengan kalian. Namun saya bertambah merah mata bila kalian memeluk islam. A complete set. Merah mata, bukan mahu menjatuhkan, tetapi mahu mencontohi kalian. Kerana islamic values banyak yang ada pada kalian, berbanding orang islam sendiri yang sudah lama memeluk islam.  Saya malu. Seriously.

Jadi, notakaki untuk menghentuk diri sendiri : 

Hargailah hidayah yang Allah berikan kepada kita sejak kita lahir.

Hargailah islam yang kita ada pada hari ini.

Fahamilah al-quran yang kita akui sebagai kitab suci, dan ikutilah syariat yang terkandung di dalamnya.

Teladanilah Rasulullah s.a.w.

Berdampinglah dengan para ulamak kerana kita perlukan mereka untuk permata2 ilmu.

Penuhilah majlis2 ilmu kerana tanpa ilmu kita akan sesat.

Carilah ketenangan dalam solat fardhu  yang kita kerjakan 5 kali sehari.

Berdoalah kepada Allah, bukan hanya merintih di mukabuku mengharapkan belas kasihan manusia.

Kita bukan apa2 tanpa islam yang kita miliki. Islam yang ada pada kita sejak lahir, menjadikan kita hamba Allah yang sangat ‘exclusive’!!!!

Rintihan mereka yang baru memeluk islam, “kenapa orang islam tidak memberitahu kepada kami apa itu islam, siapa Allah dan siapa Rasulullah s.a.w..?” Sehinggakan ramai orang yang bukan islam memandang negatif agama islam. Jangan salahkan mereka. Salahkan diri kamu, kerana tidak memberitahu dengan baik kepada mereka tentang apa itu islam. Mereka marah kerana mereka tidak tahu. Tunjukkanlah islam, sekurang2nya melalui perbuatan kamu. Zahirkanlah islam melalui pakaian kamu. Buktikan bahawa islam ialah cara hidup, bukan teori semata-mata.

Tugas kita tidak terhenti setelah kita ‘selamat’ memeluk agama islam sejak azali. Tetapi selamanya, kita adalah da’ie. Tugas kita untuk menyampaikan. Melalui apa cara sekalipun, dalam bidang apapun yang kita ceburi.

Selamanya, kita adalah da'ie!!
Mari bergerak!

                                                         Live well or live hell...we choose.
                                                                         misz_pingu








I'm YOURS,Allah....islam is OUR way of life (",)

My photo
BOrN to FoLLow All His Orders aNd His Messenger....a Da'ie,a DaughtEr,a siStEr,a friend,a StUdent and a muslimah doctor to-be insyaAllah... aS loNg As My hEart Is StILL wOrKinG,I hAvE tO cONtINuE mY lIfE... tHe VaRIETIeS oF lIfE ArOuND mE kEEp TellinG mE tHat "u're so LucKy" AnyHow,WutEvER hAppEN,BE gRaTeful!!! Dear visitor, you can take anything from this blog that can benefit you and others, and of course, for Islam. May it be our 'saham akhirat'... TrYinG to inSpire PeOplE by InsPiRing peoplE Around Me.. AfTer aLL,notHinG is iMpoSSiblE for A WillinG heArt.. Smile =) it's sunnah.