Bismillah. Hari ni rasa nak berceloteh tentang ini. Recap!
Tinggal seminggu lagi sebelum kami semua pulang ke kampung halaman masing2 untuk posting GP. Dalam posting ini, kami perlu attach dengan private clinics pilihan kami sendiri di kampung halaman masing2 untuk belajar asas pembentukan GP, macamana nak run GP, common chief complaints encountered at GP dan macam2 lagi benda baru yang seangkatan dengannyalah. Briefing GP minggu depan, kami pun tak pasti apa requirements sbenarnya dalam posting GP ni.
Esok exam hadith. Unik sungguh. Medical students belajar ilmu asas hadith. Kalau bercerita dengan medical students dari uni lain, mereka akan kagum dan berkata "wow, hebatnya korang!"
Allah. Sebenarnya itu adalah tamparan hebat buat kami. Unik, memang unik. Tapi, saya mempersoalkan kembali diri saya. " Adakah aku betul2 belajar ataupun sekadar memenuhi requirement?"
Sangat rugi kalau kita hanya belajar untuk penuhi requirement, pergi kelas, buat assignments, exam, dan habis. Full stop. Bila orang tanya balik, kaku. Tak tahu nak jawab apa sebab memang belajar untuk lulus exam. pang!!!!
Dan bila saya kenang balik, daripada 1st year, 2nd year, 3rd year, dan sekarang, 4th year, banyak islamic subjects yang kami ambik sebenarnya. Kami pernah belajar tentang asas tafsir quran, muslim scientists, subjek halaqah yang kami belajar tentang asas fiqh dan banyak lagi.... Itu tidak termasuk ayat2 quran yang telah kami hafal dan pernah diuji dalam ujian tahriri menjelang hujung semester.
Tapi bila fikir2 balik, ape je yang saya ingat? Banyak yg saya dapat, tapi apa yg still retain dalam kepala saya?
Bila sebut tentang ilmu, tak kira lah ilmu apa pun, semuanya kembali kepada "attitude" kita sendiri sebenarnya.
Kita boleh membuat pilihan. Sama ada untuk mendalami betul2 ilmu tu, ataupun sekadar angin lalu untuk lepas exam saja. Dan saya dengan sedih menyatakan saya sentiasa termasuk dalam golongan kedua itu.
Muslims must do their best!!!!!!
Seringkali ucapan itu terngiang-ngiang di kepala. Dan setiap kali saya merajuk dengan sikap diri sendiri, saya sentiasa memujuk hati ;
Yeah, berusaha bersungguh2 menuntut ilmu dengan kudrat yang ada.
Jadi, to-do-list untuk tamparan ini ;
# Belajar hadith betol2!!!
# ulang balik hafalan masa 1st, 2nd and 3rd year.
# Cari balik nota2 sejarah perubatan dalam islam, fiqh dan intro to tafsir quran.
# Tadabbur ayat2 hafalan.
# Completekan projek2 terbengkalai =)
Dan cerita seterusnya, sedang mengkaji dan belajar dari buku ini ;
Sudah separuh baca. Dan banyak belajar tentang suasana dan corak hidup masyarakat turki. Ustaz cerita, kat turki ni jurang perbezaan masyarakat dia amat ketara. In which kalau orang tu "baik", sangatlah baik dan kalau jahat, sangatlah "jahat". Baik kat sini bermaksud orang tu dia ada latar belakang agama yang sangat kuat, manakala kalau yang "jahat" tu, maksudnya memang keluarganya kurang basic agama.
Apa yang menarik perhatian saya adalah, di turki mereka menjadi satu kewajipan untuk anak2 mereka menghafal Quran. Di ibu negaranya, Istanbul sahaja terdapat 1000 masjid yang setiap satunya menghasilkan sekurangnya 10 orang huffaz setiap tahun. Malunya saya. Kanak2 yang berusia 8-12 tahun di Turki hampir kesemuanya sudah cair 30 juzuk dalam kepala mereka. Subhanallah!
Minggu ni jugak, ade presentation SSM.In which kitorang kena kaji tentang apa2 tajuk yg kita pilih sendiri, yg pastinya ada kaitan dengan medical, dan kami perlu menulis abstract tentang tajuk tersebut sekurang2nya 3000 words. Dan minggu ni, kami perlu present tajuk yang kami pilih tu. Alhamdulillah, banyak belajar. Walaupun sangat banyak kritikan, as expected sebab saya tahu saya bukan buat benda tu dengan bersungguh-sungguh pun. Antara yang saya belajar ialah, jangan ambil mudah benda2 yang kita rasakan simple, dalam medicine ni, semua benda mestilah evidence-based, xboleh nak main ambik je kata2 atau pengalaman orang lain, Kena ade bukti! Dan bukti itu kita akan dapat melalui researh yang orang lain dah buat. Tugas kita tinggal nak baca, analyse dan kritik. Apa2 pun yang kita lalui dalam kehidupan seharian kita, semuanya untuk mengajar kita menjadi lebih baik, matang, berfikiran terbuka dan positif.
kan?
Okey, sekarang kena berhenti. Beri laluan untuk otak mencerna ilmu hadith. InsyaAllah. Kena berusaha, kerana dengan ilmu yang saya ada, barulah saya boleh menjadi sebahagian daripada ini ;
Kena work hard jugak sebab nak sampai sini kena ada duit banyak2 =) ;
Pamukkale, Turkey =) InsyaAllah. Wish to be there, one fine day =) In addition to this ;
Live well or live hell...we choose.
misz_pingu
Alhamdulillah ^_^
|
Allah, keno molek atah dahi. pedih2.
ReplyDelete*kuat update leni, bagus2. teruskan usha anda.
hahha..tteko mari angin smangat...
ReplyDelete