Salam 1 Islam...
Bismillahirrahmanirrahim...
*Tersimpan dalam folder lama tak post2 =)
12 & 13 januari 2013
Allah meletakkan saya di bumi
ipoh, berkampung di sana selama 2 hari, untuk mengutip sedikit lagi permata
ilmu sebagai bekalan dakwah. Saya kira begitu. Dan pasti ada hikmahnya Allah
tidak meletakkan saya di HKR pada hari yang cukup bersejarah itu.
Apapun, saya bersyukur. Mereka membuka mata saya. Bukan
perlu berkata secara “direct” kepada saya, tetapi cukup dengan percakapan dan
semangat yang mereka zahirkan. Nasihat mereka yang cukup berhikmah buat saya.
Hikmah di sepanjang perjalanan hidup, yang Allah nak saya belajar sesuatu darinya.
Saya bertemu dengan ramai “newcomer” islam. New Muslims. Hakikatnya, saya malu
dengan mereka. Sangat malu.
Kata seorang untie “Macam ni lah kami belajar menghafal
surah2 lazim (Sambil tunjukkan kepada saya smartphone beliau dan membuka ayat2
suci al-quran bacaan seorang imam mesir). Sepatutnya kita menjadikan imam2 ini
sebagai “artis pujaan”, supaya kita boleh mengikut alunan ayat2 suci yang
dibacakan. Bukan seperti anak2 muda sekarang, yang menjadikan penyanyi yang
entah ape2 sebagai pujaan.”
Kata seorang uncle “ saya sudah hafal 24 surah-surah lazim.
Sudah 5 tahun memeluk islam. Mula2 saya bukak ini Quran, saya tak tahu baca
apa2. Saya pening tengok ayat2nya.Tak pernah tengok bahasa arab. Bayangkan,
saya hanya belajar sampai spm. Kamu rasa, saya bodoh ke pandai? Tapi hidayah
Allah ni, bila DIA dah bagi, DIA permudahkan urusan kita. Tapi kita kenalah
usaha belajar. Alhamdulillah, saya dah belajar dengan banyak guru, saya ulang2,
lama2 saya ingat. Tapi surah2 ini, kena
selalu ulang2, nanti lama2 kita tak ingat. Sekarang saya hafal ikut imam nie
(sambil tunjukkan smartphone beliau)”
Me = silent. And i’m really want to cry at that time. Perasaan bercampur baur. Saya tak tahu
kenapa. Saya sangat sedih. Kecewa dengan diri sendiri mungkin.
And I’m really want to tell that uncle & untie : “uncle,
untie, saya sudah 22 tahun memeluk islam, dan sejujurnya, saya sangat malu
dengan uncle dan untie”
Mereka sangat “excited” untuk mendalami islam. Sangat
bersemangat untuk belajar dan terus belajar mengenai islam. Mereka sangat
mensyukuri nikmat sebuah “hidayah”. Mereka sangat memaknakan perkataan
“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar” saat menyebutnya.
Kebatilan yang pernah mereka melalui telah banyak mengajar
mereka untuk menghargai islam yang mereka miliki pada hari ini. Kita yang sudah
lama islam, sepatutnya lebih dari itu. YA, lebih dari itu. Kerana kita sudah
lama mengenal Allah, Rasulullah s.a.w., sahabat2 Baginda, para tabi’in, para
tabi’ tabi’in dan orang2 soleh.
Dear chinese, sejak dulu lagi, saya memang merah mata dengan
kalian. Namun saya bertambah merah mata bila kalian memeluk islam. A complete
set. Merah mata, bukan mahu menjatuhkan, tetapi mahu mencontohi kalian. Kerana
islamic values banyak yang ada pada kalian, berbanding orang islam sendiri yang
sudah lama memeluk islam. Saya malu.
Seriously.
Jadi, notakaki untuk menghentuk diri sendiri :
Hargailah hidayah yang Allah berikan kepada kita sejak kita
lahir.
Hargailah islam yang kita ada pada hari ini.
Fahamilah al-quran yang kita akui sebagai kitab suci, dan
ikutilah syariat yang terkandung di dalamnya.
Teladanilah Rasulullah s.a.w.
Berdampinglah dengan para ulamak kerana kita perlukan mereka
untuk permata2 ilmu.
Penuhilah majlis2 ilmu kerana tanpa ilmu kita akan sesat.
Carilah ketenangan dalam solat fardhu yang kita kerjakan 5 kali sehari.
Berdoalah kepada Allah, bukan hanya merintih di mukabuku
mengharapkan belas kasihan manusia.
Kita bukan apa2 tanpa islam yang kita miliki. Islam yang ada
pada kita sejak lahir, menjadikan kita hamba Allah yang sangat ‘exclusive’!!!!
Rintihan mereka yang baru memeluk islam, “kenapa orang islam
tidak memberitahu kepada kami apa itu islam, siapa Allah dan siapa Rasulullah
s.a.w..?” Sehinggakan ramai orang yang bukan islam memandang negatif agama
islam. Jangan salahkan mereka. Salahkan diri kamu, kerana tidak memberitahu
dengan baik kepada mereka tentang apa itu islam. Mereka marah kerana mereka
tidak tahu. Tunjukkanlah islam, sekurang2nya melalui perbuatan kamu.
Zahirkanlah islam melalui pakaian kamu. Buktikan bahawa islam ialah cara hidup,
bukan teori semata-mata.
Tugas kita tidak terhenti setelah kita ‘selamat’ memeluk
agama islam sejak azali. Tetapi selamanya, kita adalah da’ie. Tugas kita untuk
menyampaikan. Melalui apa cara sekalipun, dalam bidang apapun yang kita ceburi.
Selamanya, kita adalah da'ie!!
Mari bergerak!
Live well or live hell...we choose.
misz_pingu
misz_pingu
nice post sis!
ReplyDelete