"For every nation there is a direction to which they face (in their prayers). So hasten towards all that is good. Wheresoever you may be, Allah will bring you together (on the Day of Resurrection). Truly, Allah is Able to do all things" ~this is my silent voice..4 da things dat can't be revealed by words...
Friday, November 26, 2010
untuk naniim~huhu ^_^
Belom terlambat kan?hehe...wish u a happy birthday...May Allah bless u alwayz and live happily filddunia wa hereafter...
Juga untuk semua yang lahir bulan 11 dan bulan2 yang laen..huhhu...Sorry 4 not wishing...bukan sngaje,hp ssumbat sket,abes ilang reminder besday.....
Jadi kirenya post besday ini untuk semua lah...Smoga umur yang dianugerahkan sampai ke saat ini digunakan dengan selayaknya untuk menambah amalan dan memperbaiki iman...Especially utk diri sdiri hk duk lagho sokmo nih...Na'uzubillahiminzalik..
Wassalam...
Wednesday, November 24, 2010
Tribute to all ^_^
Assalamualaikum w.b.t.......
Post yang tak seberapa
Serasa ingin menukilkan sesuatu.. .Tentang ape yea? Waaah... Hebatkah aku ingin menulis tentang ini? Bila difikir2 dan direnung2kan balik,ape yang aku dapat & belajar selama 3sem berada dalam dunia medik nih??? Bersama sahabat2,menuju 1 destinasi yang sama. Doktor!!Yes,doktor...Kerjaya yang diidam2kan setiap daripada kami. Walaupun ada yang kebetulan,dan ada juga yang tidak sangka,tercampak ke dunia ini dan sudah semestinya banyak antara kami yang memang berminat untuk menceburinya dan bersedia menerima ape sahaja risiko...Yeke? Bidang yang sangat penuh dengan cabaran. Ya!!Semua mengakuinya...
Namun di antara kami, ade yang sangat mantap, seperti telah diketahui umum (kanak2 ribena~tasniim^_^), yang outspoken, seperti (prof ‘ammar)dan (prof Najmi), ade yang menceriakan kelas kami dengan lawaknye yang slumber (dr. Jedo), pelengkap kelas kami, (mr Joeiy), yang sentiasa mengejutkan kami dengan bersinnya sekuat hati tatkala levator palpebra kami semakin lemah (Cik Aiman gugu), dan tidak lupa,si pembekal air RM1 a.k.a peminat setia Prof Ezz (Prof Ummukhoir) dan ramai lagilah yang tidak disebutkan di sini.. Anda semua pelengkap the most beautiful lecture hall kita.....
Tak kiralah siapapun kita...Kita punya perangai yang bermacam-macam,ragam dan minat yang berbeza...Ada yang sangat gilakan korea,tidak lupa juga yang tekun belajar bahasa jepun,ade juga yang suka bergosip,ade juga yang famous dengan kek batiknya yang memang laris di pasaran FPSK,dan ade juga yang bila bercakap tak boleh berhenti..... Kelainan inilah yang mencipta variasi. Variasi yang mewarnai hari2 yang sukar di FPSK. Variasi yang melakarkan sebuah kehidupan... Trimas,sahabat!!
Lecture yang padat dari pagi sampai ke petang, presentation hampir setiap minggu, kelas tutorial yang sentiasa menekan, assignment yang bertimbun2, report yang tak berkesudahan dan lecture notes yang bertimbun2 untuk diulangkaji... Tapi Alhamdulillah,dalam keadaan yang menekan,yang menyebabkan stress pada setiap hari adalah perkara biasa (nasib baik ade cortisol), kita di sini ade 1 keistimewaan yang belum tentu dijumpai di mane2 universiti tempatan yang laen... Kita ade ustaz Nazri,yang mengubat stress yang dilalui saban minggu...Al-Quran!! Ye! Al-Quran...Pemisah antara hak dan batil,sahabat istimewa tatkala hati dilanda keresahan dan kerisauan dan juga teman yang sentiasa akan bersama dalam keadaan senang atau susah...”Cari Al-Quran,jangan tinggal al-Quran...”...Semuanya berjaya kita lalui selama 3sem bersama2. Terima kasih anda yang sentiasa memberi semangat antara satu sama lain...
Sedar tak sedar,kita sudah 18 bulan di FPSK... Sudah 18 bulan menuntut ilmu dengan Prof Ezz, Prof Hany, Dr. Hisyam, Dr. Syarifah, Dr. Anum, Pn. Ju, Prof J, Prof Kannan, DR. Nik Norma, Dr. Noraini,Prof Aripin,Miss Q, Us.Safwan dan ramai lagilah yang tidak disebutkan di sini....Mereka semua sangat berjasa,sanggup meluangkan masa melayan kerenah kita semua yang pelbagai...
Tapi kawan2,mari kita sama-sama muhasabah balik...Adakah surah2 yang kita hafal tu hanyalah semata-mata sebab nak tasmi’ dengan ustaz? Adakah Prof J saje2 usahakan kelas Halaqah untuk memenuhi jadual kelas kita yang dah sedia padat tu? Apekah kita lukis cell2 dengan warna pink & purple semata-mata utk hantar kat Dr. Syarifah setiap petang rabu? Berbaloikah kita duk tahan ngantuk setiap mlm exam semata2 utk lulus exam tapi lepas exam,kosong?
Astaghfirullahal’azim..... Luasnye ilmu Allah...Kita baru blajar sket. Tapi dah nak mengalah dengan kesusahan utk paham embryology, kesusahan utk memahami ilmu fisiologi, kesukaran utk memahami dan menghapal nama2 tulang,arteri dan urat yang tak terkira jumlahnya..Wah..Rupanya dah banyak dah aku blajar!!! Anatomy tinggal bahagian head & neck jew yang tak blajar lagi....Fisio plak sgale jenis sistem dh blajar
Segala ilmu fisiology yang kita tuntut sedari sem1 semuanya berguna menjadi asas2 utk melayari bidang kedoktoran..Waah,kalau lupa camner? Setiap ilmu yang kita tuntut tuh adelah amanah dan menjadi tanggungjawab kita kan? Ke tak?....
Dush33x!!!!!
Wuhhu..Ape sebenarnyer moral story of da post??
Jom reflect balik ape yang kita blajar...Kita blajar bende yg paling dekat dengan tubuh kita.... Tapi paling susah nak paham.. Knape yea???
“Sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”
(At-Tin:4)
Ya,dan kerna itulah susahnyer nak paham kejadiah manusia yang sangat unik....Blajar embryology rase cam nak pecah kpale..
“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim menurut yang Dia kehendaki. Tidak ada tuhan selain Dia. Yang Mahaperkasa, Maha Bijaksana”
(Ali-‘Imran:6)
~jadi kawan2,mari kita belajar embryology dengan penuh penghayatan ^_^(N.B:Bukan embryology jea)
Ohhh kenape aku yang kna blajar benda susah nieyh??
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakan dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. ( Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami,dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir”
(Al-Baqarah:286)
Kita adalah insan2 terpilih untuk blajar benda nieyh... Insan2 yang terpilih untuk memikul amanah ini... Insan2 terpilih untuk menjalankan tanggungjawab ini...
Sebagai apa??
Doktor Muslim atau Muslim Doctor??? Pilih,mane 1 anda nak jadi....
Teringat kata2 Dr. Azizan dalam suatu majlis~”Saya lebih suka dengan gelaran muslim doctor,berbanding dengan doktor muslim...kerana kita jadi muslim dulu,baru jadi doktor”..Macam 2 lah lebih kurang mafhumnya..
Teringat kata2 seorang sahabat “Saya jelous dengan anda...!! Boleh saya panggil anda semua ‘pendakwah hospital’?? ”
Ohh..Mungkin itu jauh lagi...Perjalanan masih panjang.. Tapi apa yang kita ade yang membezakan kita dengan doktor2 lain yang bukan muslim..?? Adekah dengan ilmu yang sedikit ini kita mampu merawat ‘jiwa’ pesakit....?? Mungkin kerana itulah kita belajar subjek mukjizat( ape name penuh subjek tuh??) dan history in medicine dengan Us. Kasyfun (betoii ke ejaan?)
Sahabat2,saye bahagia bersama anda semua!! Kenapa yea??? Sebab saye bebas berbicara dengan anda tentang Islam di mana2 je.. Title ISLAM,pada nama Universiti kitalah yang membezakan kita dengan mereka.. Walaupun U kita still baru dan mungkin tak setanding dengan U2 yang laen,tapi kita ada keistimewaan... Mari bersyukur!! Kita sebagai generasi terawal bertanggungjawab mencorakkan arah tuju dan haluan fakulti...
Herm...jadi,ape konklusinya???
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap”
(Al-Insyirah:5-8)
Semua benda yang kita dah blajar,mari kita praktikkan... Malu sungguh bila kena dgn abe..."Hai,budok medik,tekke xtaw kot??"
Dush!! Mari tingkatkan semangat ingin tahu... Supaya bila orang2 kampung tanye,bleyh la jawab sikit2 (tapi kna la oyak,"sayo baru tahun 2,tok blajar dale sangat lagi")
Ape2 sajelah konklusi yang anda yg terbace blog nieyh nak buat... Ape2 pom,kembali kepada fitrah... Mari,cari majlis ilmu!!! Agar bukan ilmu medik jea kita dapat,tapi banyak lagih ilmu laen yg kita perlukan untuk merawat jiwa patient.. Dan yang paling penting,untuk merawat jiwa dan hati diri sendiri yang sering lalai,hanyut dibuai kemewahan dunia yang mencabar dan menipu......,sebelum keluar sbagai "pendakwah hospital"... InsyaAllah..Ya Allah,Engkau permudahkanlah jalan kami ini.Ameen..
p/s:terima kasih kerna sudi membaca post yg ntah ape2 ni...huhu..Mintak maaf kepada si pemilik2 nama yg saye pinjam di atas..Jgn mrah yea,kita semua kawan..huhu.Andai ade yang terasa,mintak maaf...
Sekadar renungan untuk diri sendiri...Yang sering lupa,yang sering alpa
Wassalam...
Monday, November 22, 2010
Mari solat sunat!!!
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Tiadalah seorang hamba muslim yang solat sebanyak 12 rakaat secara sukarela bukan yang difardukan keatasnya,kecuali Allah SWT akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga”
(Direkodkan oleh Muslim)
Wah...kawan2,seuah rumah di syurga..Beznyer..Tak nak ke?Jom pakat2 rebut....jange rusing,xdop limited edition pom..Fastabiqul Khairat!!
Antara solat sunat yang ditunaikan oleh Rasulullah s.a.w. ialah:
1)Solat sunat rawatib:
-4 rakaat b4 zohor
-2 rakaat after zohor
-2 rakaat after maghrib
-2 rakaat after isya’
-2 rakaat b4 subuh
=12 rakaat
2)Solat sunat dhuha
Pahala dan fadhilat solat dhuha adalah menyamai 360 sedekah.Kenapa???Ini kerana dalam tubuh kita ada 360 tulang,dan kesemua tulang tersebut memerlukan kepada sedekah bagi membalas segala nikmat kurniaan Allah kepada kita........Tetapi dengan hanya menunaikan dua rakaat solat sunat dhuha,seseorang menunaikan 360 sedekah yang menjadi balasan kesyukurannya kepada Allah atas nikmatnya.
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Setiap sendi tulang tubuh manusia mempunyai sedekah yang mesti ditunaikan.Setiap tasbih adalah sedekah,menyuruh perkara yang baik adalah sedekah,mencegah kemungkaran adalah sedekah,semua itu memadai dengan solat sunat dhuha dua rakaat”
Daripada Abu hurairah,beliau berkata:
“Sahabat karibku (Rasulullah s.a.w) mewasiatkan kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan,solat dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum aku tidur”
Bila nak buat solat dhuha nie??
-Waktu solat dhuha bermula dari 15 minit setelah terbit matahari sehingga sebelum masuk waktu zohor.Waktu yang paling baik ialah bila terasa kepanasan matahari pada waktu pagi.
Berapa rakaat?
-At least 2 rakaat,paling banyak 8 rakaat.Tapi ade gak pendapat yang kata xde had nak buat brape rakaat pun.
Jadi kawan2,mari kita sama2 jadikan sebahagian daripada sunnah nie sebati dengan hidup kita.....Xambek masa lama sangat pun kan...Kepada yang bercuti,terutama buat diri saya sendiri,mari kita disiplinkan diri dengan sunnah2 Rasulullah s.a.w.Jangan jadi pencari alasan yang sangat mantap,hebat dan cemerlang....Sama2 kita saling ingat mengingati...Untuk hati yang sentiasa lalai,hati yang sering berbolak-balik..Sahabat2,tegur saye andai saye lalai..
P/s:Post ini adalah untuk diri sendiri.Tapi merasakan bermanfaat juga kalau dikongsi dengan anda yang terbaca blog saye.Maaf atas segala khilaf.Kalau ade yang tersilap,jgn lupe bagitaw yea!!
~Credit to writer buku “Amalan 24jam dalam kehidupan Rasulullah s.a.w.”,Zulkarnain bin Dollah.
Wassalam.
Sunday, November 21, 2010
tak taw nak letak tajuk ape....(",)
Assalamualaikum w.b.t.
Kepada teman2ku yang sedang telus menuntut ilmu.Moga tenang di bawah lembayung rahmat dan kasih sayangNya,Subhanallah.Indah.Sangat indah....InsyaAllah setiap neuron yang bersambung kerana berfikir tuh ada nilaianNya di sisi Allah kalau kita semua ikhlas keranaNya.
Actually,saye dah lama dh nak menyuarakan isu nie.Tak taw lah wajar ke tak.Tapi tak kire,nak jugak tulis kat sini.Saye tgk surau2 kat shopping mall n tempat2 awam yang lain sangatlah tidak memuaskan hati...Wah.Asyik nak mengutuk je keje.Mintak maaf.Tapi rasanya saya berhak untuk bersuara.Sekadar bersuara dan mintak sape2 yang ade kuasa sket ubah sket2 bende ni...a little is better than never.At least ade gk usaha kan...Kalau kita tak jaga benda nie,takkanlah nak tunggu arkitek ataupun engineer yang bukan Islam nak jaga kebajikan umat Islam?Saya tak faham kenapa mesti buat surau yang terdedah.I mean,org laki bleyh tgk pmpuan ambik wudhu’sebab tempat terbukak...Geram betol.Itu 1 hal,kalau tempat yang luas plak,”seco’et” je ruang solat.Aduiii...Kata agama Islam agama rasmi...Tapi...???Surau dibina hasil sisa2 ruang bangunan yang tak disewa.Mungkin nanty ade sahabat2 saye nie jadi arkitek ke,juruukur ke ape2 jela yang ade kaitan dengan pembinaan bangunan nih,mungkin korang ade kuasa la kot untuk menyuarakan hal nie..Supaya nak masuk surau perempuan tak perlu lah nak kena lalu tempat wudhu’ laki....Dan tempat wudhu’ 2 plak jgn lah sampai org laki bleyh nampk org pmpuan ambek wudhu’,padahal luas jew tempat tuh..
P/s: exc utk surau K.I.T.A...Mintak maaf,msc xbleyh nk buat pe2,pandaylah kita jaga aurat kita yea teman2 skalian...Ini pun 1 ujian.Untuk menguji keimanan kita...InsyaAllah,sama2 jaga dan sama2 tegur ke arah kebaikan....Semuanya dinilai di sisi Allah..
Astaghfirullah.Mari muhasabah.Jangan hanya jadi orang yang hanya mengutuk tanpa buat ape2 usaha.Sama2 kita usaha.Agar kita nampak islam dalam masyarakat islam.Bukan hanya islam pada nama,untuk ditulis di kad-kad pengenalan dan di borang2 untuk mintak kerja.Mari kawan2,hidupkan islam dalam jiwa kita.Agar ke mana2 pun kita pergi,orang akan dapat melihat nilaian islam yang indah jelas terpancar di wajah setiap daripada kita yang memeluk dan meleburkan diri dalam iSLAM...Biar ade beza orang islam dengan orang bukan islam.Kalau sama jea,then ape istimewanya kita?Ape maknenya nabi kita yang tercinta,Rasulullah s.a.w. dan para sahabat memperjuangkan Islam sehingga sanggup mengorbankan harta,jiwa,keluarga,malah diri mereka sendiri demi Islam yang kita anuti hari ini??
Segalanya daripada Allah...Asif andai ade yang terasa.Muhasabah,muhasabah dan muhasabah.Terutamanya buat pemilik jari2 yang sedang rancak menekan keyboard nieyh.Wassalam..
“Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai cobaan) ,sehingga rasul dan orang-orang beriman berkata, “Kapankah datang pertolongan Allah?”Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”
(Al-Baqarah:214)
I'm YOURS,Allah....islam is OUR way of life (",)
- misz_pingu
- BOrN to FoLLow All His Orders aNd His Messenger....a Da'ie,a DaughtEr,a siStEr,a friend,a StUdent and a muslimah doctor to-be insyaAllah... aS loNg As My hEart Is StILL wOrKinG,I hAvE tO cONtINuE mY lIfE... tHe VaRIETIeS oF lIfE ArOuND mE kEEp TellinG mE tHat "u're so LucKy" AnyHow,WutEvER hAppEN,BE gRaTeful!!! Dear visitor, you can take anything from this blog that can benefit you and others, and of course, for Islam. May it be our 'saham akhirat'... TrYinG to inSpire PeOplE by InsPiRing peoplE Around Me.. AfTer aLL,notHinG is iMpoSSiblE for A WillinG heArt.. Smile =) it's sunnah.