Wednesday, November 24, 2010

Tribute to all ^_^

Salam 1 Islam...

Assalamualaikum w.b.t.......

Post yang tak seberapa

Serasa ingin menukilkan sesuatu.. .Tentang ape yea? Waaah... Hebatkah aku ingin menulis tentang ini? Bila difikir2 dan direnung2kan balik,ape yang aku dapat & belajar selama 3sem berada dalam dunia medik nih??? Bersama sahabat2,menuju 1 destinasi yang sama. Doktor!!Yes,doktor...Kerjaya yang diidam2kan setiap daripada kami. Walaupun ada yang kebetulan,dan ada juga yang tidak sangka,tercampak ke dunia ini dan sudah semestinya banyak antara kami yang memang berminat untuk menceburinya dan bersedia menerima ape sahaja risiko...Yeke? Bidang yang sangat penuh dengan cabaran. Ya!!Semua mengakuinya...

Namun di antara kami, ade yang sangat mantap, seperti telah diketahui umum (kanak2 ribena~tasniim^_^), yang outspoken, seperti (prof ‘ammar)dan (prof Najmi), ade yang menceriakan kelas kami dengan lawaknye yang slumber (dr. Jedo), pelengkap kelas kami, (mr Joeiy), yang sentiasa mengejutkan kami dengan bersinnya sekuat hati tatkala levator palpebra kami semakin lemah (Cik Aiman gugu), dan tidak lupa,si pembekal air RM1 a.k.a peminat setia Prof Ezz (Prof Ummukhoir) dan ramai lagilah yang tidak disebutkan di sini.. Anda semua pelengkap the most beautiful lecture hall kita.....

Tak kiralah siapapun kita...Kita punya perangai yang bermacam-macam,ragam dan minat yang berbeza...Ada yang sangat gilakan korea,tidak lupa juga yang tekun belajar bahasa jepun,ade juga yang suka bergosip,ade juga yang famous dengan kek batiknya yang memang laris di pasaran FPSK,dan ade juga yang bila bercakap tak boleh berhenti..... Kelainan inilah yang mencipta variasi. Variasi yang mewarnai hari2 yang sukar di FPSK. Variasi yang melakarkan sebuah kehidupan... Trimas,sahabat!!

Lecture yang padat dari pagi sampai ke petang, presentation hampir setiap minggu, kelas tutorial yang sentiasa menekan, assignment yang bertimbun2, report yang tak berkesudahan dan lecture notes yang bertimbun2 untuk diulangkaji... Tapi Alhamdulillah,dalam keadaan yang menekan,yang menyebabkan stress pada setiap hari adalah perkara biasa (nasib baik ade cortisol), kita di sini ade 1 keistimewaan yang belum tentu dijumpai di mane2 universiti tempatan yang laen... Kita ade ustaz Nazri,yang mengubat stress yang dilalui saban minggu...Al-Quran!! Ye! Al-Quran...Pemisah antara hak dan batil,sahabat istimewa tatkala hati dilanda keresahan dan kerisauan dan juga teman yang sentiasa akan bersama dalam keadaan senang atau susah...”Cari Al-Quran,jangan tinggal al-Quran...”...Semuanya berjaya kita lalui selama 3sem bersama2. Terima kasih anda yang sentiasa memberi semangat antara satu sama lain...

Sedar tak sedar,kita sudah 18 bulan di FPSK... Sudah 18 bulan menuntut ilmu dengan Prof Ezz, Prof Hany, Dr. Hisyam, Dr. Syarifah, Dr. Anum, Pn. Ju, Prof J, Prof Kannan, DR. Nik Norma, Dr. Noraini,Prof Aripin,Miss Q, Us.Safwan dan ramai lagilah yang tidak disebutkan di sini....Mereka semua sangat berjasa,sanggup meluangkan masa melayan kerenah kita semua yang pelbagai...

Tapi kawan2,mari kita sama-sama muhasabah balik...Adakah surah2 yang kita hafal tu hanyalah semata-mata sebab nak tasmi’ dengan ustaz? Adakah Prof J saje2 usahakan kelas Halaqah untuk memenuhi jadual kelas kita yang dah sedia padat tu? Apekah kita lukis cell2 dengan warna pink & purple semata-mata utk hantar kat Dr. Syarifah setiap petang rabu? Berbaloikah kita duk tahan ngantuk setiap mlm exam semata2 utk lulus exam tapi lepas exam,kosong?

Astaghfirullahal’azim..... Luasnye ilmu Allah...Kita baru blajar sket. Tapi dah nak mengalah dengan kesusahan utk paham embryology, kesusahan utk memahami ilmu fisiologi, kesukaran utk memahami dan menghapal nama2 tulang,arteri dan urat yang tak terkira jumlahnya..Wah..Rupanya dah banyak dah aku blajar!!! Anatomy tinggal bahagian head & neck jew yang tak blajar lagi....Fisio plak sgale jenis sistem dh blajar .Semuanya telah diuji dalam exam2 yang lepas. Tapi brape percent je yg masih lekat lam kpale??? Yes... Fitrah manusia.Sering lupa.. 2 tak masuk lagi surah2 yang dah dihafal slame 3sem yg lepas...Wah. Sahabat2...Besar tuh amanah kita.. Setiap Surah yg kita hafal tuh,kalau kita lupa dan tak usaha utk ingat dan ulang adalah dosa besar..Yea, DOSA BESAR!!!

Segala ilmu fisiology yang kita tuntut sedari sem1 semuanya berguna menjadi asas2 utk melayari bidang kedoktoran..Waah,kalau lupa camner? Setiap ilmu yang kita tuntut tuh adelah amanah dan menjadi tanggungjawab kita kan? Ke tak?....

Dush33x!!!!!

Wuhhu..Ape sebenarnyer moral story of da post??

Jom reflect balik ape yang kita blajar...Kita blajar bende yg paling dekat dengan tubuh kita.... Tapi paling susah nak paham.. Knape yea???

“Sungguh,Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”

(At-Tin:4)

Ya,dan kerna itulah susahnyer nak paham kejadiah manusia yang sangat unik....Blajar embryology rase cam nak pecah kpale..

“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim menurut yang Dia kehendaki. Tidak ada tuhan selain Dia. Yang Mahaperkasa, Maha Bijaksana”

(Ali-‘Imran:6)

~jadi kawan2,mari kita belajar embryology dengan penuh penghayatan ^_^(N.B:Bukan embryology jea)

Ohhh kenape aku yang kna blajar benda susah nieyh??

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakan dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya. ( Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami,dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir”

(Al-Baqarah:286)

Kita adalah insan2 terpilih untuk blajar benda nieyh... Insan2 yang terpilih untuk memikul amanah ini... Insan2 terpilih untuk menjalankan tanggungjawab ini...

Sebagai apa??

Doktor Muslim atau Muslim Doctor??? Pilih,mane 1 anda nak jadi....

Teringat kata2 Dr. Azizan dalam suatu majlis~”Saya lebih suka dengan gelaran muslim doctor,berbanding dengan doktor muslim...kerana kita jadi muslim dulu,baru jadi doktor”..Macam 2 lah lebih kurang mafhumnya..

Teringat kata2 seorang sahabat “Saya jelous dengan anda...!! Boleh saya panggil anda semua ‘pendakwah hospital’?? ”

Ohh..Mungkin itu jauh lagi...Perjalanan masih panjang.. Tapi apa yang kita ade yang membezakan kita dengan doktor2 lain yang bukan muslim..?? Adekah dengan ilmu yang sedikit ini kita mampu merawat ‘jiwa’ pesakit....?? Mungkin kerana itulah kita belajar subjek mukjizat( ape name penuh subjek tuh??) dan history in medicine dengan Us. Kasyfun (betoii ke ejaan?) .Kadang2 malu jugak dengan ustaz....Bukan kadang2,slalu kot....

Sahabat2,saye bahagia bersama anda semua!! Kenapa yea??? Sebab saye bebas berbicara dengan anda tentang Islam di mana2 je.. Title ISLAM,pada nama Universiti kitalah yang membezakan kita dengan mereka.. Walaupun U kita still baru dan mungkin tak setanding dengan U2 yang laen,tapi kita ada keistimewaan... Mari bersyukur!! Kita sebagai generasi terawal bertanggungjawab mencorakkan arah tuju dan haluan fakulti...

Herm...jadi,ape konklusinya???

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap”

(Al-Insyirah:5-8)

Semua benda yang kita dah blajar,mari kita praktikkan... Malu sungguh bila kena dgn abe..."Hai,budok medik,tekke xtaw kot??"

Dush!! Mari tingkatkan semangat ingin tahu... Supaya bila orang2 kampung tanye,bleyh la jawab sikit2 (tapi kna la oyak,"sayo baru tahun 2,tok blajar dale sangat lagi")

Ape2 sajelah konklusi yang anda yg terbace blog nieyh nak buat... Ape2 pom,kembali kepada fitrah... Mari,cari majlis ilmu!!! Agar bukan ilmu medik jea kita dapat,tapi banyak lagih ilmu laen yg kita perlukan untuk merawat jiwa patient.. Dan yang paling penting,untuk merawat jiwa dan hati diri sendiri yang sering lalai,hanyut dibuai kemewahan dunia yang mencabar dan menipu......,sebelum keluar sbagai "pendakwah hospital"... InsyaAllah..Ya Allah,Engkau permudahkanlah jalan kami ini.Ameen..

p/s:terima kasih kerna sudi membaca post yg ntah ape2 ni...huhu..Mintak maaf kepada si pemilik2 nama yg saye pinjam di atas..Jgn mrah yea,kita semua kawan..huhu.Andai ade yang terasa,mintak maaf...

Sekadar renungan untuk diri sendiri...Yang sering lupa,yang sering alpa

Wassalam...

4 comments:

  1. satu ulasan yang amat menusuk kalbu...paham3

    ReplyDelete
  2. post utk diri sendiri...huhu utk mengetuk diri sendiri..si penulis lagilah terasa
    waaargh terok sgt rase diri nieyh!!

    ReplyDelete

I'm YOURS,Allah....islam is OUR way of life (",)

My photo
BOrN to FoLLow All His Orders aNd His Messenger....a Da'ie,a DaughtEr,a siStEr,a friend,a StUdent and a muslimah doctor to-be insyaAllah... aS loNg As My hEart Is StILL wOrKinG,I hAvE tO cONtINuE mY lIfE... tHe VaRIETIeS oF lIfE ArOuND mE kEEp TellinG mE tHat "u're so LucKy" AnyHow,WutEvER hAppEN,BE gRaTeful!!! Dear visitor, you can take anything from this blog that can benefit you and others, and of course, for Islam. May it be our 'saham akhirat'... TrYinG to inSpire PeOplE by InsPiRing peoplE Around Me.. AfTer aLL,notHinG is iMpoSSiblE for A WillinG heArt.. Smile =) it's sunnah.